Subscribe News Feed Subscribe Comments

Pengasas PSSGM

Pengasas PSSGM
Dato' Meor Abdul Rahman
"Segayong, sekendi, seperigi, seperminum, sejalan, sejadi, sedarah. Sedaging, sepaduan berinti kembali bersatu setelah penyusunan dapat diaturkan demi untuk kejayaan"

PSSGM Maktab Rendah Sains Mara Pasir Salak

Gelanggang Utama:
Dewan Besar Maktab Rendah Sains Mara Pasir Salak
Hari: Jumaat
Waktu: 3.00 - 6.00 petang
Gurulatih Utama: Cikgu Mohd Amin Hamzah
Imam Gelanggang: Cikgu Nazri Zakaria
Khalifah Muda: Cikgu Ahmad Fuad Hashim

Kepada semua ahli-ahli PSSGM Maktab Rendah Sains Mara Pasir Salak yang mempunyai idea, artikel atau candangan untuk diterbitkan sila hubungi:

Nazirul Izzat Syafiq B. Mohd Isa
017-5401954
05-6414626
nazirysha_lovely@yahoo.com.my
gangster_alim@yahoo.com.my

MAJLIS LEGACY PENDEKAR MRSM PASIR SALAK


Tarikh: AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN
Tempat: Dewan MRSM Pasir Salak.
Masa: 8.00pagi - 5.00petang
Persembahan: UTP, PUO, Simpang Pulai, SMKSA Jalil Shah, SMK Anderson, Sungai Siput, Sabak Bernam.
VIP: Dato' Wan Ahmad Fauzi

contact person: Ariff Fikri(PSSGM UTP) 017-9425190

Kehadiran saudara2 seGayong amat dialu-alukan.

Apa Jadi Dengan WIRALAGA??


Agak-agaknya apa jadi ya?? WIRALAGA tu apa?? Sebenarnya pasukan silat olahraga maktab.. Macam-macam isu yang ditimbulkan.. Entahla.. Tak tahu nak cakap.. Dengar cerita ada yang tarik diri sebelum pertandingan.. Kenapa ya?? Takut ke?? Bila ditanya, baru tahu.. Betul juga apa yang dikatakan.. Masing-masing buat hal sendiri.. Jadi, bagus juga keputusan untuk tarik diri.. Setiap yang berlaku ada hikmahnya..

Sekarang kita cakap pasal peserta pertandingan pula.. Macam-macam cerita yang boleh dikongsikan.. Ada yang kena turunkan berat badan.. Biasa la tu.. Redha je la ya.. Ada pula yang tersalah jadual.. Terpaksala kelam-kabut balik aspuri tukar baju silat.. Alhamdulillah menang juga round pertama.. Round kedua macam mana ya?? Final?? Faham-faham sendirila ya..

Bila ditanya macam mana boleh kalah?? Lawan individu.. Bukannya berkumpulan.. Macam-macam alasan yang diberikan.. Lawan besarla, tak ada rezekila, tak ada pengalamanla.. Tapi kenapa tiada seorang pun yang salahkan diri sendiri?? Dah cukup hebat ke?? Patut ke menang kalau latihan tak cukup?? Boleh ke menang kalau tiada keberkatan?? Layak ke bergelar juara kalau semuanya serba kekurangan?? Fikir-fikirkanlah ya.. Belajar dari kesilapan yang lalu.. Imbas kembali apa yang telah kita lakukan.. Wajarkah berkorban masa semata-mata untuk pertandingan tetapi tidak berhasil??

Walau apapun, tahniah kepada yang berjaya ke pusingan kedua.. Yang lain?? Tersungkur dikaki lawan pada pusingan pertama.. Macam mana boleh menang?? Ilmu lebih ke?? Belajarla dari orang yang lebih berpengalaman.. Insya Allah membantu kita.. Wajarkah kita menyalahkan takdir semata-mata?? Sedangkan kita tahu perkara itu bergantung dengan usaha kita.. Kemanakah pergi iman kita?? Adakah sudah goyah?? Fikir-fikirkanlah.. Ubahla mana yang perlu.. Insya Allah berjaya di kemudian hari..

Kursus Aura Asshifa

KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN

  • Kursus Kekuatan dan Pembangkitan Tenaga Dalam Asshifa
  • Kursus Rahsia Tenaga Alam Semesta Asshifa
  • Kursus Rahsia Tenaga Piramid
  • Kursus Perubatan Alternatif
1. Reiki ( Tenaga Alam )
2. Kerohanian
3. Tradisional

  • Kursus Silat / Petua Pertempuran
  • Kursus Beladiri Wanita
  • Kursus Urutan Tradisional
  • Terapi Emosi
AKTIVITI ' OUTDOOR '

  • Abseiling
  • Perkhemahan
  • Ikatan
  • Pertolongan Cemas
  • Menyelamat di air
  • Pandu Arah / Orienteering
  • Kawad Kaki
  • Persilatan
  • Tempur Tanpa Senjata
  • ' Paintball '

Sila hubungi untuk perbincangan atau maklumat..

Master Anuar B. Ahmad
012-4142401
013-5165205
anuarah@tm.net.my
auraasshifa.blogspot.com

Kursus Aura Asshifa


KURSUS KECEMERLANGAN DIRI

Tarikh: 2 April 2010
Hari: Jumaat
Masa: 9.00 a.m - 11.oo p.m
Tempat: Hotel Angsoka, Teluk Intan
Yuran Penyertaan: RM60/orang

PENGISIAN PROGRAM

  • Prinsip Kecemerlangan Diri
  • Rahsia Tarikh Lahir
  • Pengurusan 'Stress"
  • Prinsip ' LAW OF ATTRACTION '
  • Senaman Pernafasan
  • Meditasi: Konsep dan Amali
  • Terapi Emosi (ESQ)

KURSUS PENINGKATAN SILAT

Tarikh: 9-11 April 2010
Hari: Jumaat - Ahad
Tempat: Sekolah Menengah Teknik Teluk Intan
Yuran Penyertaan: RM40/orang


Berminat?? Hubungi:
Master Anuar b. Ahmad
012-4142401
013-5165205



Bila Parang Berapi..


Macam tu lah yang terjadi sewaktu pelancaran Program Gemilang SPM & PMR 2010 MRSM Pasir Salak.. Haha.. Cuak?? Gentar?? Macam-macam perasaan yang timbul.. Maklumla, pertama kali tempur parang.. Waktu latihan tak da pula nak berapi.. Itulah yang dikatakan oleh Asyraf dan Nazirul.. Memang tak dapat dilupakan.. Latihan pun satu hari saja.. Tapi, gempak dibuatnya.. Pengetua muka pucat?? Para pelajar terhibur?? Macam-macam feedback yang kami terima.. Alhamdulillah tiada yang buruk.. Walaupun terlupa buah, masih lagi pandai cipta buah on the spot.. Siap ada aksi matrix lagi.. Semuanya berlaku dengan kehendak Allah.. Alhamdulillah.. Terkejut agaknya sampai terlupa buah.. Maklumla, parang berapi depan mata.. Siapa yang tak terkejut.. Betul ke parang kena kaki cikgu?? Itu bukanlah disengajakan.. Minta maafla ya.. Nasib baik cikgu tak marah.. Siap gelak lagi.. Lepas ni Insya Allah ada lagi.. Tunggu saja la nanti.. Ada juga yang buat permintaan untuk buat show.. Sabar-sabarla ya.. Insya Allah kami usahakan yang terbaik demi mencapai hasrat anda semua.. Ada pula yang mengadu tak sempat nak tengok demonstrasi kami.. Ada hal katanya.. Insya Allah ada lagi tahun ni.. Jangan lepaskan peluang keemasan ini..

Silat Syirik?? Apa Buktinya??


Begitulah perkataan yang dilontarkan kepada pesilat-pesilat maktab.. Tanpa memeriksa dengan terperinci, pelbagai tomahan yang kami terima daripada warga maktab sama ada para pelajar mahupun guru.. Perkara ini sekaligus menjatuhkan imej gayong di maktab ditambah pula dengan segelintir daripada kami yang melakukan kesalahan.. Patutkah silat dipersalahkan demi kepentingan diri?? Fikir-fikirkanlah.. Andai silat dikeji, samalah juga anda mengeji bangsa sendiri.. Samalah seperti anda mengeji nenek moyang anda yang mungkin berjuang dengan bersilat.. Siapa yang tahu?? Na'uzubillah.. Ada juga antara kami sendiri yang melakukannya.. Sanggupkah anda menjadi pembelot?? Pengkhianat?? Hipokrit?? Itulah yang sesuai untuk mereka yang melakukannya.. Sedarlah.. Andainya silat itu syirik, buktikan?? Jangan hanya pandai memberi hujah kosong.. Adakah adat istiadat yang kami lakukan itu salah?? Adakah ayat-ayat suci Al-Quran itu haram dilafazkan?? Adakah kudrat yang kami gunakan mempunyai unsur-unsur syirik?? Renungkanlah.. Anda juga boleh melakukannya jika dipelajari ilmunya..

Mungkin ada antara kami yang mempelajari perubatan Islam.. Tapi, adakah itu persoalannya?? Adakah disebut dalam kitab suci bahawa perkara itu syirik?? Semuanya bergantung kepada Kudrat dan Iradat Allah.. Kita hanya mampu berusaha dan bertawakal.. Andainya anda mengatakan sedemikian, mengapakah anda berjumpa dengan kami untuk berubat atau berurut?? Fikir-fikirkanlah.. Orang yang dikeji itulah yang membantu kita.. Wajarkah kita bersikap sedemikian?? Wallahu'alam..

" Abang Nazirul, jom sembang pasal silat nak?? "

Abang Nazirul


Datang pula sekumpulan pelajar Form 1 ke bilik saya untuk bertanya.. Demi memperkasakan gayong di maktab, pergilah juga.. Memang tak tidur malam dibuatnya.. Macam-macam soalan yang diajukan.. Jenuh pula nak dijawab.. Teruja betul budak-budak ni dengan silat.. Itula yang kita harapkan kepada generasi muda yang bakal mewarisi silat melayu.. Macam-macam juga persoalan dan pandangan mereka tentang silat.. Ada juga yang memberitahu bapa saudaranya meninggal dunia kerana belajar silat.. Betul ke?? Tak penah dengarla.. Ada juga antara mereka yang menunjukkan buah.. Betul ke itu buah gayong?? Tak pernah diajar pun.. Nampak macam pelik je.. Meh sini kita test.. Baru rasa sakit ke tak.. Bila dah kena, baru terdiam.. Best??.. Nak lagi??.. Masing-masing membisu.. Tiba-tiba terdengar satu persoalan lagi.. " Abang, kalau silat lawan martial art lain siapa lagi hebat?? Siapa yang menang?? Bergantunglah dengan pandangan masing-masing.. Setiap seni pertahankan diri, ada kelebihan masing-masing.. Tapi bila belajar silat, boleh dikira merangkumi semuanya.. Silat ada kuncian, elakan, tangkapan, buah tapak dan seni seperti cindai, berlian dan yoi.. Apa tu?? Kalau nak tahu, belajarlah.. Pernah dengar cerita Arwah Dato' Meor lawan Bruce Lee?? Tahu siapa yang menang?? Tahu apa jadi dengan Bruce Lee?? Tahu macam mana Arwah Dato' Meor menyerang?? Kalau nak tahu, carilah sendiri.. Sedar tak sedar, dah pukul 3 pagi.. Nasib baikla malam Sabtu.. Jadi, saya harap semangat anda semua untuk mempelajari silat tidak luntur.. Belajar memangla sakit.. Tapi itula yang best.. Tak salah kalau nak join martial art yang lain.. Tapi sebagai orang Melayu, kenapa kita tidak mewarisinya?? Fikir-fikirkanlah.. Insya Allah dibuka pintu hati..

" Silat dah penuh la bang "


" Silat dah penuh la bang ".. Itulah perkataan yang diucapkan oleh segelintir pelajar-pelajar baru MRSM Pasir Salak sesi 2010.. Dengan kekecewaan, terpaksalah lupakan hajat untuk sertai silat.. Jadi, kepada mana-mana pelajar baru atau lama yang ingin menyertai silat, jumpalah dengan guru penasihat kami, Cikgu Nazri Zakaria.. Janganlah mudah berputus asa.. Yang penuh pendaftaran dibawah kokurikulum bukannya dibawah pertubuhan gayong.. Peluang masih lagi ada..

Ada juga yang disuruh oleh ibu bapa untuk sertai silat.. Inilah yang dinamakan generasi yang mengenali warisan bangsa sendiri.. Ada juga yang ikut kawan.. Ada juga yang kehendak hati sendiri.. Jadi, tidak kira apa jua keadaan sekalipun, janganlah kita lupakan warisan bangsa kita sendiri.. Berjuanglah demi warisan kita.. Mudah-mudahan diberkati Allah s.w.t.. Insya Allah.. Yang penting, niat ikhlas kerana Allah.. Belajarlah ilmu gayong untuk diri sendiri.. Bukanlah untuk dibanggakan atau ditunjuk-tunjuk.. Insya Allah, saya doakan agar generasi baru pesilat MRSM Pasir Salak menyerlah jauh dari yang biasa.. Insya Allah..


Kejohanan Pencak Silat MRSM se-Malaysia 2010



Alhamdulillah, pada 1-4 Mac yang lalu MRSM Pasir Salak telah menghantar seramai 16 orang pesilat untuk bertanding di Kejohanan Pencak Silat MRSM se-Malaysia peringkat kebangsaan di MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan.. Tahniah diucapakan kepada pasukan seni jurus puteri yang berjaya mendapat tempat ke-5 dan juga peserta seni tari solo walaupun tidak mendapat sebarang tempat di peringkat akhir.. Kepada pesilat-pesilat lain, diharapkan agar tidak berputus asa.. Belajar dari kelemahan dan kesilapan yang lalu.. Mungkin kita sudah rasa diri kita hebat, tetapi kita lupa ada yang lebih hebat daripada kita.. Jadi, berusahalah dan perbaiki kelemahan diri kita supaya di redhai dan mendapat keberkatan Allah s.w.t.. Ingat, " Bulat Tak Datang Bergolek, Pipih Tak Datang Melayang ".. Insya Allah, kita mampu lakukannya.. Ayuh!! Kita bangunkan dan perjuangkan tekad dihati kita.. Semoga Gayong MRSMPS disegani ramai.. Aminn Ya Rabbal 'Alamin..

DEMONSTRASI PSSGM MRSM PASIR SALAK

Gambar Hiasan

DEMONSTRASI PSSGM MRSM PASIR SALAK
Insya Allah PSSGM MRSM Pasir Salak akan mengadakan demonstrasi di maktab.. Semuanya masih lagi dalam perancangan kami.. Semoga perancangan kami mendapat keredhaan Allah dan berjaya dilakukan.. Insya Allah.. Semoga warisan melayu kita dapat diwarisi oleh generasi baru yang mengenali warisan bangsa sendiri.. Jadi, datanglah beramai-ramai pada hari tersebut untuk mengenali warisan kita sendiri pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.. Semua dijemput hadir bersama..

Silat vs Tae Kwondo?? Betul ke??


tae kwondo
silat


Betul ke?? Biar betul?? Siapa yang menang?? Ini la cerita-cerita yang terdengar ditelinga.. Silat vs Tae Kwondo?? Mungkin ada yang tidak puas hati agaknya.. Perang mulut agaknya.. Tapi, datang pula seorang pelajar merupakan ahli tae kwondo berjumpa dengan presiden silat kami menyatakan perasaan tidak puas hatinya terhadap pendekar-pendekar maktab.. Dengan gaya yang penuh emosi, dia meluahkan isi hatinya.. Kenapa?? Rupa-rupanya ada pertengkaran atau perselisiham faham dalam bas.. Betul kew?? Ada juga yang bercerita.. Kenapa tak puas hati?? Budak silat berlagak?? Itula jawapan yang dikeluarkan.. Siapa yang berlagak tu??.. Ada la seorang dua antara peserta silat maktab.. Macam tu rupanya.. Jadi, berani buat, berani tanggungla ya.. Takkanla orang lain yang nak selesaikan.. Apa yang berlagaknya?? Silat kalah bajet menang!!.. Menang satu acara dah nak berlagak!!.. 4 pingat untuk satu acara, tapi bajet menang banyak!!.. Rupa-rupanya begitu.. Jadi, sebagai insan yang bertanggungjawab dalam gayong MRSM Pasir Salak, sejuta kemaafan dihulurkan.. Mungkin itu kekurangan dari pihak kami.. Sebagai manusia, kita tidak terlepas dari membuat kesal;ahan.. Semoga mendapat keredhaan Allah s.w.t.. Insya Allah..

Latihan Bermula???


Sebut pasal latihan saja, macam-macam ragam yang dipamerkan pesilat-pesilat maktab.. Ada saja alasan yang diberikan.. Itula, inila dan macam-macam lagi.. Budak MRSM semuanya kreatif bagi alasan.. Maklumla pelajar pintarla katakan.. Kalau ya pun, janganlah disalah gunakan ya.. Mungkin dah cukup hebat agaknya.. Ingatlah, ada yang jauh lebih hebat daripada kita.. Jadi, kepada sesiapa yang terpaksa untuk turun latihan, lebih baik duduk di bilik.. Kita akan tengok siapakah pendekar terulung tanpa berlatih?? Kita akan saksikan siapakah lauk yang enak ketika pertandingan??.. Sedarlah.. Siapa lagi yang bakal mewarisi silat jika bukan kita sebagai pewarisnya?? Siapa lagi yang akan mengenali silat jika bukan kita yang mengenalinya?? Hargailah warisan nenek moyang kita yang berputih tulang mempertahankan negara.. Bertempur dengan bersilat tanpa senjata moden.. Fikirkan jika kita menjadi mangsa.. Tidak malukah kita sedangkan orang Barat mempelajari silat sehingga mendapat bengkung hitam?? Ke manakah pergi bangsa kita?? Jadi, sebagai ahli dalam gayong, berusahalah untuk jadi yang terbaik.. Tekadkan azam untuk mewarisi dan menguasai ilmu persilatan.. Insya Allah kita berjaya..
 
TNB | Distributed by Deluxe Templates