Subscribe News Feed Subscribe Comments

Pengasas PSSGM

Pengasas PSSGM
Dato' Meor Abdul Rahman
"Segayong, sekendi, seperigi, seperminum, sejalan, sejadi, sedarah. Sedaging, sepaduan berinti kembali bersatu setelah penyusunan dapat diaturkan demi untuk kejayaan"

PSSGM Maktab Rendah Sains Mara Pasir Salak

Gelanggang Utama:
Dewan Besar Maktab Rendah Sains Mara Pasir Salak
Hari: Jumaat
Waktu: 3.00 - 6.00 petang
Gurulatih Utama: Cikgu Mohd Amin Hamzah
Imam Gelanggang: Cikgu Nazri Zakaria
Khalifah Muda: Cikgu Ahmad Fuad Hashim

Kepada semua ahli-ahli PSSGM Maktab Rendah Sains Mara Pasir Salak yang mempunyai idea, artikel atau candangan untuk diterbitkan sila hubungi:

Nazirul Izzat Syafiq B. Mohd Isa
017-5401954
05-6414626
nazirysha_lovely@yahoo.com.my
gangster_alim@yahoo.com.my

Silat Syirik?? Apa Buktinya??


Begitulah perkataan yang dilontarkan kepada pesilat-pesilat maktab.. Tanpa memeriksa dengan terperinci, pelbagai tomahan yang kami terima daripada warga maktab sama ada para pelajar mahupun guru.. Perkara ini sekaligus menjatuhkan imej gayong di maktab ditambah pula dengan segelintir daripada kami yang melakukan kesalahan.. Patutkah silat dipersalahkan demi kepentingan diri?? Fikir-fikirkanlah.. Andai silat dikeji, samalah juga anda mengeji bangsa sendiri.. Samalah seperti anda mengeji nenek moyang anda yang mungkin berjuang dengan bersilat.. Siapa yang tahu?? Na'uzubillah.. Ada juga antara kami sendiri yang melakukannya.. Sanggupkah anda menjadi pembelot?? Pengkhianat?? Hipokrit?? Itulah yang sesuai untuk mereka yang melakukannya.. Sedarlah.. Andainya silat itu syirik, buktikan?? Jangan hanya pandai memberi hujah kosong.. Adakah adat istiadat yang kami lakukan itu salah?? Adakah ayat-ayat suci Al-Quran itu haram dilafazkan?? Adakah kudrat yang kami gunakan mempunyai unsur-unsur syirik?? Renungkanlah.. Anda juga boleh melakukannya jika dipelajari ilmunya..

Mungkin ada antara kami yang mempelajari perubatan Islam.. Tapi, adakah itu persoalannya?? Adakah disebut dalam kitab suci bahawa perkara itu syirik?? Semuanya bergantung kepada Kudrat dan Iradat Allah.. Kita hanya mampu berusaha dan bertawakal.. Andainya anda mengatakan sedemikian, mengapakah anda berjumpa dengan kami untuk berubat atau berurut?? Fikir-fikirkanlah.. Orang yang dikeji itulah yang membantu kita.. Wajarkah kita bersikap sedemikian?? Wallahu'alam..
 
TNB | Distributed by Deluxe Templates