Subscribe News Feed Subscribe Comments

Pengasas PSSGM

Pengasas PSSGM
Dato' Meor Abdul Rahman
"Segayong, sekendi, seperigi, seperminum, sejalan, sejadi, sedarah. Sedaging, sepaduan berinti kembali bersatu setelah penyusunan dapat diaturkan demi untuk kejayaan"

PSSGM Maktab Rendah Sains Mara Pasir Salak

Gelanggang Utama:
Dewan Besar Maktab Rendah Sains Mara Pasir Salak
Hari: Jumaat
Waktu: 3.00 - 6.00 petang
Gurulatih Utama: Cikgu Mohd Amin Hamzah
Imam Gelanggang: Cikgu Nazri Zakaria
Khalifah Muda: Cikgu Ahmad Fuad Hashim

Kepada semua ahli-ahli PSSGM Maktab Rendah Sains Mara Pasir Salak yang mempunyai idea, artikel atau candangan untuk diterbitkan sila hubungi:

Nazirul Izzat Syafiq B. Mohd Isa
017-5401954
05-6414626
nazirysha_lovely@yahoo.com.my
gangster_alim@yahoo.com.my

Pendekar Sparthan 69 (S69)

syazwan a.k.a teleng

yusri a.k.a yus

rifa'i sulaiman a.k.a pa'e @ boss

afif imran a.k.a afif


normaidayu a.k.a ayu

atiqa a.k.a iqa

dayana a.k.a ana

nabila a.k.a ila


adibah zakiah a.k.a deeba

nazirul izzat a.k.a nazirul

hishamuddin a.k.a sham

Sukatan Pelajaran PSSGM

Sukatan pelajaran Silat Seni Gayong diajarkan secara sistematik mengikut tingkatan bengkong tertentu sebagaimana ditetapkan Majlis Tertinggi Gurulatih Silat Seni Gayong.

Peringkat pertama pelajaran Silat Seni Gayong dinamakan Tapak. Ia dibahagikan pula 2 bahagian iaitu Pelajaran Tapak Gayong dan pelajaran Seni Tapak Gayong.

Dalam pelajaran Tapak, murid Gayong diajar cara memanfaatkan senjata-senjata asli pada anggota badan untuk membela diri dan membalas serangan musuh. Pelajarannya merangkumi Senaman Anak Harimau, kaedah elakan dan pukulan serta tangkapan bagi menewaskan lawan tanpa menggunakan senjata. Pelajaran Seni Tapak Gayong pula ialah pecahan Tapak atau kaedah membuka buah kuncian serta teknik membuat serangan balas yang lebih rapi dan berbahaya. Dalam lain perkataan, ia merupakan perincian pelajaran Tapak Gayong yang dikenali juga sebagai Pecahan Tapak Gayong .

Peringkat kedua dinamakan Seni Gayong. Pada tahap ini, murid Gayong mula diajar cara menggunakan senjata tradisional Melayu. Manakala mereka yang terpilih pula akan diajar cara beramal dengan ilmu kebatinan. Ilmu kebatinan ialah ilmu kerohanian. Amalannya berupa bacaan ayat-ayat suci Al-Qur`an dan doa-doa tertentu. Tahap keyakinan dan pengabdian diri kepada Allah SWT secara total amat diperlukan beserta pengetahuan agama yang betul. Ini untuk memastikan segala amalan yang dilakukan tidak terseleweng dan sentiasa menepati kehendak syarak.

Dalam pelajaran Silat Seni Gayong, konsepnya ialah selagi ada gerak selagi itulah ada Gayong. Sukatan mata pelajaran boleh ditamatkan tetapi ilmu Silat Seni Gayong tiada pengakhirannya. Semakin tinggi tahap kebolehan dan pelajaran seseorang murid, maka semakin banyak pelajaran Silat Seni Gayong yang dapat dipecahkan tanpa mengubah keaslian silat itu sendiri. Ilmu Silat Seni Gayong adalah hidup. Hanya mereka yang benar-benar menuntut dan menjiwai Gayong ( ) sahaja yang dapat memahami hakikat Silat Seni Gayong.

Pelajaran Silat Seni Gayong terbahagi kepada 7 pecahan yang menandakan tahap atau tingkatan seorang murid. Pecahan tersebut ialah ;

  1. Tapak Gayong
  2. Seni Tapak Gayong
  3. Seni Keris ( keris dan pisau )
  4. Seni Simbat ( simbat suk, belantan, tongkat, parang dan lembing )
  5. Seni Yoi ( pergerakan lincah dan pantas bagi memperdaya dan mengelirukan musuh yang disertai pukulan atau serangan maut )
  6. Seni Belian ( ilmu kebatinan dan pelajaran berupa tapak harimau berlawan dan mengoyak mangsa )
  7. Seni Cendai ( kain tudung, kain sarung, rantai, tali dan seumpamanya )

BENGKONG AWAN PUTIH

  1. Asas Gerakan
  2. Asas Elakan I : 1 - 7
  3. Kunci Mati : Buah 1 - 7
  4. Tapak Hidup I : Buah 1 - 7
  5. Serangan Bebas : 1 lawan 1
  6. Lompatan I

BENGKONG PELANGI HIJAU

    1. Asas Elakan II : 1 - 14
    2. Kunci Mati : Buah 8 - 21
    3. Tapak Hidup I I dan III : Buah 8 - 21 atau pecahan II ( buah 1 - 7 )
    4. Pukulan Maut : Buah 1 - 7
    5. Serangan Bebas : 3 lawan 1
    6. Lompatan II

BENGKONG PELANGI MERAH

  1. Pukulan Maut : Buah 8 - 21
  2. Seni Pisau :
    • Asas Gerakan : 1 - 7
    • Asas Elakan : 1 - 7
    • Elakan Maut : 1 - 7
    • Kunci Mati : Buah 1 - 7
    • Seni Hidup I : ( sebilah Pisau )
  3. Seni Simbat Suk :
    • Asas Gerakan : 1 - 7
    • Asas Elakan : 1 - 7
    • Elakan Maut : 1 -7
    • Seni Hidup I : ( sebatang Simbat )
  4. Serangan Bebas : 5 lawan 1
  5. Lompatan III
  6. Pemusnahan I :
    • Genting
    • Bata

* Tambahan bagi Penolong Jurulatih

  1. Serangan Maut : Buah 1 - 21
  2. Tangkapan Sepakan : Buah 1 - 7
  3. Ujian Teori

BENGKONG PELANGI MERAH TINGGI ( CHULA )

  1. Seni Pisau :
    • Kunci Mati : Buah 8 - 21
    • Seni Hidup II : ( Pisau lawan Pisau )
  2. Seni Simbat Suk :
    • Kunci Mati : Buah 1 - 7
    • Seni Hidup II : ( Simbat lawan Pisau )
  3. Seni Keris :
    • Asas Gerakan : 1 - 7
    • Asas Elakan : 1 - 7
    • Elakan Maut : 1 -7
    • Seni Hidup I : ( Keris lawan Keris )
  4. Serangan Bebas :
    • Pusingan Pertama : Tangan kosong lawan Pisau ( 1 lawan 1 )
    • Pusingan Kedua : Tangan kosong lawan Simbat ( 1 lawan 1 )
  5. Lompatan IV
  6. Pemusnahan II :
    • Genting
    • Bata

* Tambahan bagi Penolong Jurulatih

  1. Pecahan Kunci :
    • Kunci Mati I : Buah 1 - 7
    • Kunci Mati II : Buah 1 - 7
    • Serangan Sepakan : Buah 1 - 21
  2. Ujian Teori

BENGKONG PELANGI KUNING

  1. Seni Simbat Suk :
    • Kunci Mati : Buah 8 - 14
  2. Seni Keris :
    • Kunci Mati : Buah 1 - 7
    • Seni Hidup II : ( Keris lawan Keris )
  3. Seni Parang :
    • Asas Gerakan : 1 - 7
    • Asas Elakan : 1 - 7
    • Senaman Elakan
    • Seni Hidup I : ( Parang lawan Parang )
  4. Seni Simbat Belantan :
    • Asas Gerakan : 1 - 7
    • Asas Elakan : 1 - 7
    • Senaman Elakan
    • Seni Hidup I : ( Belantan lawan Belantan )
  5. Serangan Bebas :
    • Seorang tangan kosong lawan:
      • Pisau
      • Simbat Suk
      • Keris
      • Simbat Belantan
      • Tangan Kosong
  6. Pemusnahan III
    • Genting
    • Bata
  7. Ujian Teori

BENGKONG PELANGI KUNING TINGGI ( CHULA )

  1. Seni Keris :
    • Kunci Mati : Buah 8 - 14
    • Seni Hidup III : ( Keris lawan Keris )
  2. Seni Simbat Belantan :
    • Elakan Maut : 1 - 7
    • Kunci Mati : Buah 1 - 14
  3. Seni Parang :
    • Elakan Maut : 1 - 7
    • Kunci Mati : Buah 1 - 7
    • Seni Hidup II : ( Parang lawan Keris )
  4. Seni Lembing :
    • Asas Gerakan : 1 - 7
    • Asas Elakan : 1 - 7
    • Senaman Elakan
    • Seni Hidup I : ( Lembing lawan Lembing )
  5. Seni Yoi I
  6. Serangan Bebas:
    • Seorang tangan kosong lawan
      • Pisau
      • Simbat Suk
      • Keris
      • Simbat Belantan
      • Tangan Kosong
  7. Pemusnahan IV
    • Genting
    • Bata
    • Kelapa
  8. Ujian Teori

BENGKONG PELANGI HITAM

  1. Lulus ujian kemahiran tangkapan dan pecahan semua pelajaran yang terdahulu
  2. Seni Parang :
    • Kunci Mati : Buah 8 - 14
    • Seni Hidup III : ( Parang lawan Rantai )
  3. Seni Lembing :
    • Elakan Maut : 1 - 7
    • Kunci Mati : Buah 1 - 7
    • Seni Hidup II : ( Lembing lawan Keris )
  4. Seni Cendai :
    • Asas Gerakan : 1 - 7
    • Asas Elakan : 1 - 7
    • Kunci Mati : Buah 1 - 7
  5. Seni Yoi II *
  6. Seni Belian *
  7. Serangan Bebas :
    • Seorang tangan kosong lawan
      • Pisau
      • Keris
      • Simbat Belantan
      • Parang
      • Rantai
  8. Pemusnahan IV
    • Genting
    • Bata
    • Kelapa
    • Buluh
  9. Tesis


* Tertakluk kepada kebenaran daripada Lembaga Waris Amanah

BENGKONG PELANGI HITAM CHULA SAKTI

  1. Lulus ujian kecekapan dan kemahiran semua tangkapan dan pecahan pelajaran terdahulu, termasuklah:
    • Seni Lembing
      • Kunci Mati : Buah 8 - 21
    • Seni Cendai
      • Kunci Mati : Buah 8 - 21
  2. Seni Yoi II *
  3. Seni Belian *
  4. Seni Sundang Lipas *
  5. Ujian Kebatinan *
  6. Kecekapan beladiri dan serangan
  7. Kepimpinan

* Tertakluk kepada kebenaran daripada Lembaga Waris Amanah

4. Mata Pelajaran Bengkung Pelangi Hijau

  • Senaman
    • 14 pecahan Senaman Anak Harimau
    • 17 pecahan Senaman Tapak Harimau
    • 49 pecahan Serangan Rajawali
  • Buah Tapak
    • 21 Buah Tapak
    • 49 pecahan Tapak Seni Gulung (Bersilat)
  • Mengambil Ujian (Pertandingan)
    • Tiga mata pelajaran Panca Harimau (Seni Cekak)
    • Satu pusingan pertandingan tiga minit.
    • Rehat tiga minit
    • Tiga pusingan pertandingan
    • Siapa yang boleh menjatuhkan pasangannya dalam masa yang singkat akan menjadi Johan.


5. Mata Pelajaran Bengkung Pelangi Merah

  • Senaman - cekap dalam senaman tinggi tingkatan daripada Bengkung Pelangi Hijau.
  • Seni Keris:Pecahan 21 (Tapak Khatam)
  • Seni Pisau: Pecahan 14
  • Serangan Harimau (Simbat Harimau): Pecahan 7
  • Mengambil Ujian Pertandingan:
    • Lima mata pelajaran Panca Harimau(Seni Cekak)
    • Satu pusingan pertandingan empat minit
    • Rehat tiga minit
    • Tiga pusingan pertandingan
    • Siapa yang boleh menjatuhkan pasangannya dalam masa yang singkat akan menjadi Johan.


6. Mata Pelajaran Bengkung Pelangi Kuning

  • Senaman - pantas dan cekap daripada Bengkung Pelangi Merah
  • Simbat Belantan - Pecahan 21
  • Simbat Parang - Pecahan 21
  • Seni Lembing - Pecahan 49
  • Serangan Harimau - Pecahan 14
  • Mengambil Ujian (Pertandingan):
    • Lima Mata pelajaran Panca Harimau (Seni Cekak)
    • Satu pusingan pertandingan lima minit
    • Rehat tiga minit
    • Tiga pusingan pertandingan
    • Siapa yang boleh menjatuhkan pasangannya dalam masa yang singkat akan menjadi Johan.


7. Mata Pelajaran Bengkung Pelangi Hitam (Harimau Pelangi Cula Sakti Tingkatan I)

  • Senaman - pantas dan cekap daripada Bengkung Pelangi Kuning
  • Mempunyai tiga bengkung: Pelangi Hijau, Pelangi Merah, Pelangi Kuning
  • Pecahan Seni Ibu Gayong
  • Pecahan Seni Sendi Harimau (Ibu Gayong)
  • Mengambil Ujian (Pertandingan):
    • Boleh menggunakan semua mata pelajaran dari Pelangi Hijau sampai Pelangi Kuning
    • Boleh menggunakan semua pukulan kecuali pada mata dan buah penyawa
    • Lima mata pelajaran Panca Harimau (Seni Cekak)
    • Satu pusingan pertandingan lima minit
    • Rehat tiga minit
    • Lima pusingan pertandingan
Tangkapan yang tidak boleh dibuka selama 10 saat ialah menjadi Johan dalam satu pusingan.Untuk menjadi Johan dalam pertandingan mestilah mendapat johan dalam tiga pusingan
 
TNB | Distributed by Deluxe Templates