Subscribe News Feed Subscribe Comments

Pengasas PSSGM

Pengasas PSSGM
Dato' Meor Abdul Rahman
"Segayong, sekendi, seperigi, seperminum, sejalan, sejadi, sedarah. Sedaging, sepaduan berinti kembali bersatu setelah penyusunan dapat diaturkan demi untuk kejayaan"

PSSGM Maktab Rendah Sains Mara Pasir Salak

Gelanggang Utama:
Dewan Besar Maktab Rendah Sains Mara Pasir Salak
Hari: Jumaat
Waktu: 3.00 - 6.00 petang
Gurulatih Utama: Cikgu Mohd Amin Hamzah
Imam Gelanggang: Cikgu Nazri Zakaria
Khalifah Muda: Cikgu Ahmad Fuad Hashim

Kepada semua ahli-ahli PSSGM Maktab Rendah Sains Mara Pasir Salak yang mempunyai idea, artikel atau candangan untuk diterbitkan sila hubungi:

Nazirul Izzat Syafiq B. Mohd Isa
017-5401954
05-6414626
nazirysha_lovely@yahoo.com.my
gangster_alim@yahoo.com.my

Logo Dan Makna Gayong




Lambang yang menjadi lencana atau terpapar pada sijil Silat Seni Gayong mempunyai makna dan pengertian tertentu. Pengertiannya secara ringkas ialah ;

Bulan dan Bintang - Melambangkan agama Islam dan syiarnya berada di puncak dunia, Silat Seni Gayong meletakkan agama di tempat yang paling tinggi sebagai penyuluh hidup.

Bumi - Menunjukkan bahawa Silat Seni Gayong akan dikembangkan ke seluruh dunia khasnya untuk semua muslim.

Kalimah Syahadah - Mengisytiharkan aqidah murid Gayong yang berpegang kepada kalimah tauhid, iaitu pengesaan Allah SWT dan menjauhi syirik. Lingkungan kalimah syahadah yang mengelilingi bumi menunjukkan bahawa ajaran Islam akan disebar ke seluruh pelusuk dunia bersama-sama dengan perkembangan Silat Seni Gayong. Kalimah Ya Hayyu, Ya Qayyum selepas kalimah syahadah melambangkan agama dan kekuatan Islam adalah kekal abadi dan akhirnya menakluki dunia keseluruhannya.

Bejana Air - Simbolik kepada universaliti ilmu Silat Seni Gayong. Apa yang didapati atau dilihat pada senibela diri lain samada tempatan atau luar negera telah wujud dalam Silat Seni Gayong. Silat Seni Gayong ialah ilmu persilatan asli yang tidak diciplak dan boleh ditimba sentiasa umpama air yang tidak akan putus. Ia juga melambangkan kesatuan hati dan amal kerana muafakat. Bak kata pepatah Melayu, "Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana sepakat". Murid Gayong mestilah berpadu kerana menegakkan yang hak.

Harimau - Melambangkan keberanian dan kepahlawanan di darat. Ia menonjolkan identiti atau corak salah satu pelajaran Silat Seni Gayong yang diasas dari sifat dan ketangkasan seekor harimau. Resam harimau menyembunyikan kukunya, di kala tertentu sahaja ia akan menzahirkan ketajaman dan kekuatan cengkaman kukunya yang boleh mematah dan membunuh mangsanya dalam beberapa saat sahaja.

Keris Bersilang - Simbolik kepada semangat Laksamana Terbilang Melayu Dato' Hang Tuah dan Dato' Hang Jebat, dua orang pahlawan Melayu yang masyhur lagi gagah berani. Keris yang merupakan salah satu pelajaran yang diajar kepada murid Gayong adalah satu lambang senjata asli bangsa Melayu. Ini membuktikan Silat Seni Gayong adalah seni warisan bangsa yang asli dan tulen.

Naga - Menunjukkan bahawa Silat Seni Gayong bukan sahaja boleh diguna di darat bahkan juga di dalam air. Logo naga ini sebagaimana dipercayai telah dihadiah oleh Maharaja China kepada allahyarham Dato' Laksamana Hang Tuah atas keberanian dan kehandalannya semasa melawat negeri China dulu. Di sebalik maksud di atas, naga juga melambangkan allahyarham Dato' Paduka Mahaguru sendiri, Dato' Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim. Kedudukan naga yang melingkungi dunia di mana kepalanya hampir bercantum dengan ekor melambangkan ilmu Silat Seni Gayong akan terkenal ke seluruh dunia.

Pedang Bermata Dua - Melambangkan pedang Zulfaqar kepunyaan Saidina Ali r.a. yang terukir kalimah suci al-Quran bermaksud 'Kemenangan daripada Allah dan kejayaan yang hampir' di sepanjang mata pedang tersebut. Ia bertujuan mengenang kembali perjuangan para sahabat menegakkan Islam di zaman Jahiliyyah dan keagungan Khilafah Islamiah.

Hitam Chula VII - Melambangkan Bengkong Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti Gangga Negara, bengkong peribadi allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim, Mahaguru Silat Seni Gayong. Di sebalik lambang tersebut, ia bermaksud Silat Seni Gayong bersendikan adat, adatlah yang mengawasi perjalanan Silat Seni Gayong. Tanpa adat, Silat Seni Gayong akan hilang kedaulatan. Oleh itu, menjadi kewajipan semua murid Gayong untuk mempertahankan adat agar halatuju dan matlamat Silat Seni Gayong tidak diselewengkan.

IKRAR GAYONG


Bismillah hir rahman nir rahim


Bahawasanya - kami ahli-ahli Gayong - mengaku taat setia - menjadi murid Silat Seni Gayong dan ahli Gayong.Bahawasanya:
Kami mengaku taat setia kepada Allah
Kami mengaku taat setia kepada baginda Rasulullah (s.a.w)
Kami mengaku taat setia kepada guru kami
Kami mengaku taat setia kepada ibu dan ayah kami
Kami mengaku taat setia kepada negara kami
Kami mengaku taat setia kepada saudara se-Gayong dengan kami.
Bahawasanya - kami mengaku - taat setia - ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongRaja Permaisuri Agong dan
Sultan-sultan yang memerintah - di seluruh Tanah Melayu.

Ya Allah Ya Tuhan kami
Kau murahkanlah rezeki kami
Kau panjangkanlah umur kami dan kedua ibu bapa kami
Kau tetapkanlah iman kami
Kau lindungilah kami - daripada - segala mala petaka - jin dan iblis - dan manusia - yang niat khianat - ke atas diri kami dan negara kami.

Amin Amin Ya Rabbal 'Alamin
 
TNB | Distributed by Deluxe Templates